28 Mac 2001: Macam-macam sekarang ni isu yang berlaku di negara kita [Malaysia]. Di antaranya, ?Amanat Hj Hadi.? Kalau diperiksa, susah juga bagi generasi muda (yang lahir pada era lewat 70an) untuk menilaikannya, kerana isu ini bermula ketika generasi muda itu masih kanak-kanak.

Yang menjadi masalahnya, di satu pihak (UMNO) mengatakan Amanat itu menyebabkan satu pihak lagi (PAS) telah menyeleweng dari pegangan ajaran Islam (Utusan Online, 28 Mac 2001). PAS dikatakan ?memperalatkan Islam (dengan mengkafirkan orang UMNO) untuk mengeliru dan menggagalkan pegangan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenar.? (Kenyataan ini dilaporkan dibuat oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.)

?Kita akan beri peluang kepada mereka (ahli-ahli Pas) untuk betulkan diri mereka apabila melakukan kesalahan terutamanya kesalahan seperti menuduh UMNO kafir, buat kenyataan dan amanat yang tidak mahu ditarik balik pasal ini adalah pendapat seorang ulama.

Kalau dia nak buat macam itu betapa mereka telah menyeleweng daripada pegangan ajaran Islam sebenarnya,? kata beliau lagi.

Berkenaan isu pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, ?undang-undang Islam boleh dilaksanakan mengikut kemampuan sesuatu negara bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah.?

Berbalik kepada Isu Amanat, PAS mengambil sikap yang berlainan dengan UMNO. Presidennya, Dato? Fadzil Mohd Noor menegaskan, Majlis Agama Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menyatakan bahawa kenyataan Hj Hadi Awang pada 7 April 1981, di Banggol Peradong, Kuala Terengganu (yang dianggap ?amanat? oleh seorang bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Umno) sebagai salah di sisi Islam. (Harakah Daily, 27 Mac 2001)

?Pas,? tegasnya, ?tidak pernah menyeleweng, sebaliknya kita sentiasa mengajak rakyat supaya menjaga kesucian akidah Islam.?